Tuesday, December 8, 2009

Lagi Inovasi @ eduwebtv

Lagi Inovasi @ eduwebtv

Saturday, December 5, 2009

Majlis Penutup Persidangan Inovasi @ Eduwebtv

Inovasi@eduwebtv (English Edition)

Klip Video ini dipetik dari Berita Eduwebtv

Inovasi@eduwebtv

PERSIDANGAN INOVASI MELABUH TIRAI

Inovasi pendidikan perlu dimaksimumkan (Utusan Malaysia)

04/12/2009 4:35pm

KUALA LUMPUR 4 Dis — Inovasi dalam sektor pelajaran perlu dijana semaksimum mungkin bagi mengekang peningkatan kadar kemiskinan akibat pengurangan peruntukan kerajaan kepada sektor itu, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata memandangkan pelajaran adalah enjin kepada kemajuan ekonomi dan mobiliti sosial, banyak negara kini menukar tumpuannya kepada sektor pelajaran sebagai penawar untuk mengukuhkan persaingan, peluang pekerjaan dan perpaduan sosial.
"Dalam era krisis ekonomi global yang sedang kita hadapi ini, sektor pelajaran seluruh dunia turut mengalami kesan daripada segi agihan peruntukan bajet negara.
"Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dan perlu menambah beberapa dimensi lain kepada pengajaran,” katanya dalam teks ucapan Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Inovasi Pendidikan Islam yang dibaca oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Asariah Meor Shaharuddin di Subang Jaya dekat sini hari ini.
Puad berkata inovasi dalam sektor pelajaran juga selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan bajet baru-baru ini yang menegaskan Malaysia perlu beranjak kepada satu bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi dalam usaha untuk memastikan negara dapat terus berasing dan relevan dalam persaingan ekonomi global.
Oleh itu, Puad berkata kerajaan melalui Gagasan 1Malaysia yang merangkumi Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Petunjuk Prestasi Utama cuba untuk mentransformasikan Malaysia melalui proses inovasi yang menyeluruh.
"Ia meliputi inovasi tadbir urus dalam sektor awam dan swasta, inovasi dalam kemasyarakatan, inovasi bandar, inovasi desa, inovasi korporat, inovasi industri, inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan, inovasi jaringan keselamatan sosial, inovasi penjenamaan dan tidak ketinggalan inovasi pendidikan,” katanya.
Beliau berkata perubahan inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi yang baru, perubahan sistem dan prosedur kerja yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos sekaligus mampu meningkatkan penghasilan produktiviti atau hasil kerja dan perkhidmatan.
Katanya Kementerian Pelajaran juga telah mewujudkan semula pertandingan Anugerah Inovasi untuk memberi pengiktirafan kepada bahagian atau institusi pendidikan yang menunjukkan prestasi cemerlang melalui inovasi yang dilaksanakan.

Friday, December 4, 2009

Lensa Inovasi 4

Lensa Inovasi 3

Thursday, December 3, 2009

Lensa Inovasi 2

PEMBENTANGAN SESI KELAPAN

Pembentangan hasil Inovas diteruskan lagi dengan 6 lagi inovasi;

1. Sistem Data Bersepadu j-QAF oleh Us Rasyidin bin Mohd (SK Bertam Indah, Penang)
2. Modul Grafik Minda oleh Ustazah Atmarwati bt Ibrahim (SMK Jitra Kedah)
3. Amali Pengurusan Jenzah oleh Ustazah Norizan bt Muhamad (SMK Putrajaya)
4. Modul TAJHAF oleh Ust Ayob bin Mohd Ali (SMK Seksyen 18 Shah Alam
5. Kalimah Ayat Surah oleh Ust Mohd Sabri bin Ismail (SK Lubuk Sireh Perlis)

PEMBENTANGAN SESI KETUJUH

Pembentangan Sesi ketujuh adalah seperti berikut;

1. Smart Card oleh Ustazah Upiq Asmar btdin (SMK TTDI KL)
2. e-PAFA oleh Us Mohd Nazri bin Kamarudin (SK Mutiara, K Kinabalu)
3. Khatboard oleh Us Abd Wahab bin Khalid (SK Dato' Keramat (1) KL)
4. Inovasi Iqra' oleh Ustazah Latifah bt Saad (SK Tasik Damai Ipoh)

PEMBENTANGAN SESI KEENAM

Pembentangan sesi keenam adalah seperti berikut;

1. Teknik JAWI terkini dan Latih Tubi oleh Us Mansor bin Mohamad (SK Kg. Kandis Kelantan)
2. Bahan-bahan Bantu Mengajar Tasawwur Islam Berteraskan ICTnoleh Us Safaee bin Zakaria (SMK Jelawat Kelantan)
3. Media Tokoh Mazhab oleh Ustazah Hasnah bt Yusof (SMAP Kajang)
4. Portal E-Pendidikan Islam oleh Us Khairul Anuar bin Ramlan (SM Teknik Dagangan Johor)

PEMBENTANGAN SESI KELIMA

Sesi kelima persidangan menyaksikan pembentangan kajian oleh sekumpulan Pensyarah dari Fakulti Pengajian Pendidikan UPM iaitu Prof Madya Dr. Asmawati bt Suhid, Dr. Fadzilah bt Abd Rahman, Puan Rosnani bt Jusoh, Dr. Habibah Abdul Jalil dan Dr. Adnan bin Yusopp.

PEMBENTANGAN SESI KEEMPAT

Persidangan Inovasi Pendidikan Islam diteruskan dengan 6 lagi inovasi iaitu;

1. Pejal Oleh Ustazah Rahimah bt Mohd Said (SK Lumut, Perak).
2. Jejak Labah-labah oleh Ustazah Racidah bt Mohd Dahlan (SK Seri Selamat, Sitiawan)
3. Gerak Bijak Congkak oleh Ustazah Hasnah Yahya (SKSimpang Ampat alor Gajah Melaka)
4. AE System Oleh Ustaz Asmawi Hj Hashim (SK Sauk, Perak)
5. C Jawi oleh Ustazah Maznah bt Mustajab (SMK TTDI Jaya Shah Alam)
6. Doktor Jawi oleh Ustaz Abdul Manan bin ALi (SMK Tg Mizan Zainal Abidin)

Wednesday, December 2, 2009

Majlis Perasmian


Majlis Perasmian Persidangan Inovasi Pendidikan Islam telah selamat disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Hajjah Norezan bt Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan).

Beliau antara lain mengucapkan tahniah dan Syabas kepada BPI dan juga GPI yang telah menghasilkan Inovasi dalam usaha memartabatkan Pendidikan Islam. Beliau melahirkan rasa kagum dan bangganya dengan usaha-usaha GPI yang dilihat lebih terkehadapan dalam inovasi. Ini membuktikan bahawa GPI bukan sahaja hanya pandai berceramah seperti tanggapan sesetengah pihak. Sebaliknya GPI juga telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dalam bidang teknologi dan juga ICT. Terima Kasih Dato'

Lensa Inovasi

PEMBENTANGAN SESI KETIGA

Assalamualaikum WBT

Pembentangan sesi ketiga adalah seperti berikut;

1. i-MIS (En Mohd Hafidzuddin b Mohd Maarof - SK1 Kuala Ampang, KL
2. Mesin Penyediaan Debu dan Tisu Tayammum (En Mohd Hang Tuah b Ismail - SMKA Naim Lil Banat Kelantan)

PEMBENTANGAN SESI KEDUA

Assalamualaikum WBT

Sesi kedua menyaksikan pembentangan oleh Prof Madya Dr Asmawati bt Suhid dari Universiti Putra Makaysia. Pembentangan beliau adalah berkaitan dengan Inovasi dalam Pendidikan Islam.
Pembentangan seterusnya oleh En. M Mohd Ali bin Mansor yang membentangkan Inovasi beliau bertajuk Teknik Celik Arab. Pembentangan Inovasi bertajuk Tarannum Interaktif tidak dapat dilaksanakan kerana pembentang menarik diri disebabkan oleh masalah kesihatan.

Tuesday, December 1, 2009

Corat-Coret 1

Assalamualaikum
Peserta Inovasi menghadapi masalah mendapatkan bilik penginapan berikutan pihak hotel lambat menyerahkan kunci kpd Urusetia. Pihak Urusetia memohon maaf di atas kelewatan peserta mendapat bilik. Ini adalah disebabkan pihak urusetia meminta pihak hotel menyediakan dua buah katil berasingan bagi bilik berkongsi. Pada awalnya pihak hotel hanya menyediakan sebuah katil berkongsi. Kami menjangkakan peserta akan kurang selesa jika berkongsi katil. Pihak hotel terpaksa membuat penyusunan semula bilik-bilik yang telah ditetapkan sebelum ini.
Justeru itu, pihak urusetia sekali lagi memohon maaf. Penyusunan semula bilik terpaksa dibuat bagi memastikan keselesaan semua peserta yang akan menginap di sini selama tiga malam.
Harap Maklum

PEMBENTANGAN SESI PERTAMA

ASSALAMUALAIKUM WBT

Pembentangan Sesi Pertama bermula jam 8.30 Malam. Inovasi yang akan dibentang adalah;

1. Sifrul Arqom (Khalid bin Mamat - SK Besout Sngkai Perak)
2. Teknik Mahir Bahasa Arab Menerusi Lagu (Ahmad Rizal b Othman - SK Rusila Terengganu)
3. Ra'i Ma'i "RM" (Norsalwai bt Mohd Tahir - SK Hj Ismail, Kedah)
4. Kad Pintar Nahu Arab (Ideris bin Abd Rahim - BPI)

Sekilas Sesi Taklimat



Assalamualaikum WBT.

Sesi Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Hj. Mohd Abdul Aziz Mahmud, selaku Pengurus Projek. Beliau menjelaskan tantang tujuan persidangan ini diadakan. Beliau juga turut mengingatkan peserta persidangan supaya mengambil manfaat dari Inovasi yang akan dibentangkan dalam persidangan ini.
Turut berucap dalam majlis taklimat ialah Tuan Hj. Anwar bin Ahmad, Ketua Sektor IPPI BPI. Beliau turut mengal-alukan kehadiran semua peserta ke persidangan inovasi ini

Persidangan Inovasi Pendidikan Islam 2009

Assalamualaikum WBT

Pihak Urusetia Persidangan Inovasi Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2009 mengalu-alukan kedatangan semua para peserta ke persidangan yang berlangsung seperti berikut;

Tartikh : 1 hingga 4 Disember 2009
Tempat Hotel Holiday Villa Subang Selangor.

Perasmian Pembukaan akan disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Noor Rezan bt Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) pada 2 Disember 2009 jam 11.30 pagi.
Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan memeriahkan lagi persidangan yang julung-julung kali diadakan ini.

Selamat Bersidang.

Tuesday, November 3, 2009

Pembentangan Bahan Inovasi di JPN Johor (20-21 Okt)

Thursday, October 29, 2009

Pembentangan Inovasi di Sabah

Pembentangan Inovasi di Sabah

Sunday, October 25, 2009

Edufest@Pagoh

Demonstrasi Inovasi Khat Board oleh Ustaz Abd Wahab sempena Karnival Pendidikan Pagoh di Dewan Jubli Intan MUAR pada 23 hingga 25 Oktober 2009.

Saturday, October 17, 2009

Pembentangan Bahan Inovasi di Shah Alam

Friday, October 16, 2009

Inovasi Yang Dibentang pada 15 & 16 Okt di Shah Alam

1. Upiq Asmar bt Zainal Abidin - Smart Card dalam P&P (SMK TTDI)
2. Saleha bt Ali - Meningkatkan Penguasaan dan Mengenali Tokoh Islam (SMK Seri Bintang)
3. Khaled bin Mat - Sifrul Arqom (SK Besout 4)
4. Omar Ismail - Pemantapan Pembangunan dan Penggunaan Balance srocecard dlm Pengurusan Pusat Pendidikan al-AMIN (AL-Amin)
5. Latifah bt saad - inovasi Iqra' (SK Tasik Damai)
6. Racidah bt Mohd Dahalan - Jejak Labah-Labah (SK Seri Selamat)
7. Shamsul Ariffin Sufian - Tarannum Interaktif (SMK Abu Bakar al-Baqir)
8. Rahimah Banun bt Said - Pelajaran Jawi lancar "PEJAL" (SK Lumut)
9. Asmawi Hashim - AE SYSTEM "JAWI" (SK sauk)
10. Abdul Wahab Khalid - Bahan @ alat Mengajar Tulisan Khat "KHARBOARD" (SK Dato' Kramat)
11. Norizan Mohamad - Amali Pengeurusan Jenazah (SMK Putrajaya Presint 8(1)
12. Sabariah Husain - Cepat Hafaz (SMK Batu Unjur)
13. Maznah Mustajab - C-JAWI (SMK TTDI)
14. Siti Aina Jani - Ki-UPS (SMK Banting)
15. Shahrun Nizam b Muhd Sukarman - Formula Mudah Membaca al-Quran (SMK Bandar Baru Ampang)
16. Mohd Hafidzuddin bin Mohd Maarof - I-MIS (SK(1) Kuala Ampang
17. Samsiah Said - SMART-Q (SMK Sg. Rawang)
18. Hasnah Yusuff - Media Tokoh Mazhab (SMAP Kajang)
19. Mohd Hanif Afit - PIL (SK Taman Melawati)
20. Ayob Mohd Ali - Mudah Tajhaf (SMK Seksyen 18)

Thursday, October 15, 2009

Penilaian Bahan Inovasi di Shah Alam (15 Okt 09)

Penilaian Bahan Inovasi di Alor Setar (12 Okt 09)

Penilaian Bahan Inovasi di Alor Setar (12 Okt 09)


Thursday, September 17, 2009

Salam Eidul Fitry


Friday, September 4, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen Inovasi P. Islam



Assalamualaikum WBT.

IPPI mengucapkan ribuan terima kasih kepada SPI JPWP kerana sudi menjadi tuan rumah Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen Inovasi Pendidikan Islam bersama SPI seluruh negara yang berlangsung pada 4 September 2009.

Wednesday, June 24, 2009

Lensa Inovasi




Lensa 2

Lensa Inovasi 2

Lensa Inovasi di Impiana Ipoh

AJK PENGHULU

Penghulu
Sakijan Muri

Pen. Penghulu
Zaiton Idris
Bendahari
Siti Jamiaah Ishak
Kedatangan:
Zahariah Omar
Imam
Dahalan Lahasan
Zulfikri Hassan
Kuliah
Ramli Awang
Shamsul Arifin Arshad

PENGERUSI SLOT
Sharul Nizam Bakar
Sayed Ruslan Sayed Bahaman
Kamarul Arifin Md Syarif
Muhamad Rusli Ibrahim
Dahalan Lahasan
Mohd Ayub Ghos

PENCATAT
Zaleha Abu Bakar
Wan Normah Wan Mahmud
Nurshima Azmi
Ruzita Md Rashid
Khadijah Abdullah
Zakiah Abd Kadir
Widayawati Zanibar
Amalina Mohd Yusof
Sarendah Ali
Norlina Long
Mohamad Zakaria
Abdul Razak Salleh

Tuesday, June 23, 2009

Download Bahan Taklimat

JAWATANKUASA

Penasihat

Tn. Haji Abd Rashid Bin Ngah
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengerusi

Tn. Haji Abdullah bin Salleh
Timbalan Pengarah
(Pengurusan Institusi Pendidikan Agama)
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia

Timbalan Pengerusi

Tn. Haji Anwar Bin Ahmad
Ketua Institut Pembangunan Pendidikan Islam
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengurus Projek

Tn. Haji Mohd Abd Aziz Bin Mahmud

Ahli Jawatankuasa

Tn. Haji Mohd Zainul Arifien Bin Mohd Jaid
Tn. Haji Aswandi Bin Laman
En. Shamsul Shah Bin Tarja @ Tarjo

Urusetia

En. Mohd Norhisham bin Mohamad
Cik Nurma bt Saidi

PERATURAN DAN ETIKA SEMASA TAKLIMAT

  1. Berpakaian kemas dan sesuai sepanjang taklimat dijalankan.
  2. Sentiasa memakai tanda nama
  3. Kehadiran perserta pada setiap sesi adalah wajib.
  4. Menandatangani borang kehadiran setiap sesi taklimat.
  5. Menepati waktu yang ditetapkan
  6. Tidak dibenarkan keluar masuk dewan semasa sesi taklimat sedang berlangsung.
  7. Telefon bimbit hendaklah disenyapkan atau dimatikan.
  8. Dilarang merokok sepanjang sesi taklimat
  9. Perserta hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada penceramah dan urusetia.
  10. Menjaga etika keguruan sepanjang masa demi mempertingkatkan martabat guru.
  11. Memberi kerjasama yang erat semasa program dilaksanakan serta menyumbang idea yang bernas semasa program berlangsung.
  12. Mencatat setiap maklumat dan cuba memahami setiap isu dengan sepenuh hati.
  13. Sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima pandangan yang positif dan bijaksana ketika menolak pandangan yang negatif.


OBJEKIF TAKLIMAT

  1. Mendedahkan pelbagai inovasi baru yang di reka cipta oleh guru Pandidikan Islam bertujuan mempertingkatkan kualiti pengurusan pe laksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dan kokurikulum Pendidikan Islam di sekolah.
  2. Membincangkan isu-isu masalah dan penyele saian yang berkaitan inovasi Pendidikan Islam oleh pengkaji dan pakar serta pihak-pihak lain yang terlibat.
  3. Memberi peluang kepada semua guru-guru Pendidikan Islam mempamerkan bahan-bahan inovasi yang boleh menyumbang kepada keberkesanan dalam Pengajaran dan Pembe lajaran

JADUAL TAKLIMAT

23 Jun 2009 (Selasa)

3.30 - 4.30 Petang

Taklimat
Cemah 1 (Konsep Inovasi - INTAN)

8.30 - 10.30 Malam

Ceramah 2 (Dokumentasi Penyediaan Projek Inovasi - INTAN)

24 Jun 2009 (Rabu)

8.30 - 10.30 Pagi

Ceramah 3 (Penyediaan Teknik Penilaian/Penghakiman & Kriteria Inovasi - MAMPU)

10.30 - 11.00 Pagi

Rehat / Kudapan

11.00 Pg - 12.00 Tgh

Cemah 4 (Penghakiman & Taklimat Pemberian Markah Mengikut PIPP-EPRD )

12.00 Tgh - 1.00 Ptg

Ceramah 5 (Inovasi Mengikut Perspektif MPC - MPC)

1.00 - 2.00 Ptg

Rehat / Makan Tengahari

2.00 - 4.30 Ptg

Interaksi Sosial

8.30 - 10.30 Mlm

Ceramah 6 (Teknik Persembahan Inovasi - Tn. Hj. Jasni)

25 Jun 2009 (Khamis)

8.30 - 10.30 Pagi

Ceramah 7 (Penyedian Dokumen & Pemarkahan Anugerah - BPSM)

10.30 - 11.00 Pagi

Rehat / Kudapan

11.00 Pg - 1.00 Ptg

Rumusan

1.00 Ptg

Makan Tengahari / Check-Out

LATAR BELAKANG

Inovasi adalah idea-idea baru yang menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti, produktif dan dapat meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan. Keadaan ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi yang baru, perubahan-perubahan sistem dan prosedur kerja (termasuk sistem kerja baru, penambahbaikan dan ubahsuai sistem) yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos serta dengan ini meningkatkan penghasilan produktiviti atau hasil kerja dan perkhidmatan.

Selaras dengan PKPA Bil.3/1991 Kerajaan menggalakkan agar anggota Perkhidmatan Awam mencuba pendekatan baru yang lebih bersistematik dan berkesan dalam menjayakan sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan. Berikutan itu, Bahgian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran mengadakan satu Persidangan bagi menbuka peluang dan ruang kepad guru-guru pendidikan Islam untuk menunjukkan inovasi dalam pendidikan Islam agar dapat membantu proses Pangajaran dan Pembelajaran dengan lebih berkesan.

Di Samping itu, selaras dengan Pelancaran Pelan Induk Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha memperkukuhkan pelaksanaan program-program pendidikan serta memantapkan proses pembinaan Modal Insan secara menyeluruh dan berterusan agar output yang terhasil mampu memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.