Thursday, April 22, 2010

Lensa Kursus Penataran Inovasi Zon Timur

Kursus Penataran Inovasi Zon Timur


Kursus Penataran Inovasi SMKA Zon Timur telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu pada 22 April 2010. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdullah Salleh, Timbalan Pengarah (Pengurusan Institusi Pendidikan Agama), Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam ucapan perasmian, beliau antara lain telah berkata, inovasi sangat penting kerana ia boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti. Selain itu, inovasi juga dapat menghasilkan keseronokan berkerja di kalangan guru dan keseronokan belajar di kalangan murid. Inovasi juga dapatkan membantu guru menyelesaikan masalah samada dalam P&P atau apa juga aspek yang melibatkan sekolah.

Beliau juga menyeru semua peserta yang mewakili semua SMKA seluruh zon Timur agar berusaha menghasilkan inovasi sebagai menyahut seruan kerajaan. Seramai 54 orang peserta dari seluruh SMKA Zon timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan menghadiri kursus sehari tersebut. Dua orang Inovator turut berkongsi pengalaman bagaimana membangunkan sesebuah inovasi. Mereka ialah Ustaz Mohd Hang Tuah Ismail dan Us. Abdul Manan Ali.

Wednesday, April 21, 2010

Lensa Kursus Penataran Inovasi Zon Sarawak

Tuesday, March 30, 2010

Lensa Kursus Penataran Inovasi Zon Tengah

Kursus Penataran Inovasi Zon Tengah




Kursus Penataran Inovasi Zon Tengah berlangsung di SMKA Kuala Lumpur pada 30 Mac 2010. Kursus dimulakan dengan Sesi Taklimat oleh Ustaz Mohd Abd Aziz Mahmud dari Bahagian Pendidikan Islam KPM. Sesi perkongsia maklumat inovasi pula disampaikan oleh Ustaz Abd Wahab bin Khalid dan Ustaz Asmawi bin Hashim.

Friday, March 26, 2010

Lensa Kursus Penataran Inovasi Zon Utara

Kursus Penataran Inovasi Zon Utara


Kursus Penataran Inovasi Zon Utara telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah pada 25 Mac 2010. Seramai 38 peserta yang mewakili semua SMKA Zon Utara telah menyertai kursus tersebut. Gambar sekitar kursus tersebut akan menyusul selepas ini.

Tuesday, December 8, 2009

Lagi Inovasi @ eduwebtv

Lagi Inovasi @ eduwebtv

Saturday, December 5, 2009

Majlis Penutup Persidangan Inovasi @ Eduwebtv

Inovasi@eduwebtv (English Edition)

Klip Video ini dipetik dari Berita Eduwebtv

Inovasi@eduwebtv

PERSIDANGAN INOVASI MELABUH TIRAI

Inovasi pendidikan perlu dimaksimumkan (Utusan Malaysia)

04/12/2009 4:35pm

KUALA LUMPUR 4 Dis — Inovasi dalam sektor pelajaran perlu dijana semaksimum mungkin bagi mengekang peningkatan kadar kemiskinan akibat pengurangan peruntukan kerajaan kepada sektor itu, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata memandangkan pelajaran adalah enjin kepada kemajuan ekonomi dan mobiliti sosial, banyak negara kini menukar tumpuannya kepada sektor pelajaran sebagai penawar untuk mengukuhkan persaingan, peluang pekerjaan dan perpaduan sosial.
"Dalam era krisis ekonomi global yang sedang kita hadapi ini, sektor pelajaran seluruh dunia turut mengalami kesan daripada segi agihan peruntukan bajet negara.
"Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dan perlu menambah beberapa dimensi lain kepada pengajaran,” katanya dalam teks ucapan Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Inovasi Pendidikan Islam yang dibaca oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Asariah Meor Shaharuddin di Subang Jaya dekat sini hari ini.
Puad berkata inovasi dalam sektor pelajaran juga selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan bajet baru-baru ini yang menegaskan Malaysia perlu beranjak kepada satu bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi dalam usaha untuk memastikan negara dapat terus berasing dan relevan dalam persaingan ekonomi global.
Oleh itu, Puad berkata kerajaan melalui Gagasan 1Malaysia yang merangkumi Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Petunjuk Prestasi Utama cuba untuk mentransformasikan Malaysia melalui proses inovasi yang menyeluruh.
"Ia meliputi inovasi tadbir urus dalam sektor awam dan swasta, inovasi dalam kemasyarakatan, inovasi bandar, inovasi desa, inovasi korporat, inovasi industri, inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan, inovasi jaringan keselamatan sosial, inovasi penjenamaan dan tidak ketinggalan inovasi pendidikan,” katanya.
Beliau berkata perubahan inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi yang baru, perubahan sistem dan prosedur kerja yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos sekaligus mampu meningkatkan penghasilan produktiviti atau hasil kerja dan perkhidmatan.
Katanya Kementerian Pelajaran juga telah mewujudkan semula pertandingan Anugerah Inovasi untuk memberi pengiktirafan kepada bahagian atau institusi pendidikan yang menunjukkan prestasi cemerlang melalui inovasi yang dilaksanakan.

Friday, December 4, 2009

Lensa Inovasi 4

Lensa Inovasi 3

Thursday, December 3, 2009

Lensa Inovasi 2

PEMBENTANGAN SESI KELAPAN

Pembentangan hasil Inovas diteruskan lagi dengan 6 lagi inovasi;

1. Sistem Data Bersepadu j-QAF oleh Us Rasyidin bin Mohd (SK Bertam Indah, Penang)
2. Modul Grafik Minda oleh Ustazah Atmarwati bt Ibrahim (SMK Jitra Kedah)
3. Amali Pengurusan Jenzah oleh Ustazah Norizan bt Muhamad (SMK Putrajaya)
4. Modul TAJHAF oleh Ust Ayob bin Mohd Ali (SMK Seksyen 18 Shah Alam
5. Kalimah Ayat Surah oleh Ust Mohd Sabri bin Ismail (SK Lubuk Sireh Perlis)

PEMBENTANGAN SESI KETUJUH

Pembentangan Sesi ketujuh adalah seperti berikut;

1. Smart Card oleh Ustazah Upiq Asmar btdin (SMK TTDI KL)
2. e-PAFA oleh Us Mohd Nazri bin Kamarudin (SK Mutiara, K Kinabalu)
3. Khatboard oleh Us Abd Wahab bin Khalid (SK Dato' Keramat (1) KL)
4. Inovasi Iqra' oleh Ustazah Latifah bt Saad (SK Tasik Damai Ipoh)

PEMBENTANGAN SESI KEENAM

Pembentangan sesi keenam adalah seperti berikut;

1. Teknik JAWI terkini dan Latih Tubi oleh Us Mansor bin Mohamad (SK Kg. Kandis Kelantan)
2. Bahan-bahan Bantu Mengajar Tasawwur Islam Berteraskan ICTnoleh Us Safaee bin Zakaria (SMK Jelawat Kelantan)
3. Media Tokoh Mazhab oleh Ustazah Hasnah bt Yusof (SMAP Kajang)
4. Portal E-Pendidikan Islam oleh Us Khairul Anuar bin Ramlan (SM Teknik Dagangan Johor)

PEMBENTANGAN SESI KELIMA

Sesi kelima persidangan menyaksikan pembentangan kajian oleh sekumpulan Pensyarah dari Fakulti Pengajian Pendidikan UPM iaitu Prof Madya Dr. Asmawati bt Suhid, Dr. Fadzilah bt Abd Rahman, Puan Rosnani bt Jusoh, Dr. Habibah Abdul Jalil dan Dr. Adnan bin Yusopp.