Saturday, December 19, 2015

Tarannum Surah Yusuf Ayat 53 oleh Ustaz Zainul

Tarannum Surah al An'am Ayat 36

Tarannum Surah al Baqarah ayat 26 oleh Ustaz Zainul Arifien

Tuesday, September 7, 2010

Inovasi Islam @ Eduweb TV

Tuesday, August 10, 2010

Pelancaran Karnival Inovasi Islam 2010

YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia menulis Kalimah Bismillah di atas Khat Board, ciptaan Ustaz Abd Wahab Khalid (paling kiri), semasa pelancaran Karnival Inovasi Islam 2010 di Masjid Tuanku Mizan pada 5 Ogos 2010.

Karnival Inovasi Islam 2010

Ustaz Khairul Anwar Ramlan, dari Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Johor Bahru menerima Anugerah Inovasi Islam 2010 (Inovasi Pendidikan Islam). Hadiah berupa wang tunai RM10,000.00 disampaikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Syabas dan Tahniah Ustaz Khairul Anuar.

Tuesday, August 3, 2010

Karnival Inovasi Islam 2010

Bahagian Pendidikan Islam akan menyertai Karnival Inovasi Islam anjuran JAKIM bertempat di Masjid Tuanku Mizan Putrajaya pada 5 hingga 8 Ogos 2010. Dalam karnival tersebut, BPI mengenengahkan lapan orang inovator terdiri daripada guru-guru pendidikan islam seluruh negara. Inovasi yang akan dipamerkan dalam karnival selama empat hari itu ialah;

1. Portal E-Pendidikan Islam (KHAIRUL ANUAR B RAMLAN –SM Teknik Dagangan Johor)
2. Khatboard (ABD WAHAB B KHALID – SK Dato’ Keramat Kuala Lumpur)
3. Doktor JAWI (ABD MANAN Bin ALI – SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Terennganu)
4. Modul TAJHAF (AYOB B MOHD ALI - SMK seksyen 18, Shah Alam)
5. Solatku Yang Istimewa (NORASMAWATI BINTI ISMAIL - SK. Bukit Padang, Kota Kinabalu)
6. Mesin Debu Tayammum (MOHD HANG TUAH B ISMAIL - SMKA Naim Lil Banat Kelantan)
7. i-MIS (MOHD HAFIDZUDDIN B MOHD MAAROF -SK (1) Kuala Ampang Kuala Lumpur)
8. Panduan Celik Bahasa Arab (M MOHD ALI YUSNI B MANSOR - SK Hj Abu Bakar Kedah)

Karnival bertemakan “Inovatif 1Malaysia 1Ummah” itu akan dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran.

Maklumat lanjut serta Aturcara Karnival boleh dimuat turun di www.islam.gov.my/portal/pdf/2010/julai/karnival_inovasi.pdf

Thursday, June 24, 2010

Lensa Kursus Penataran Inovasi Negeri Melaka

Penataran Inovasi SMKA Negeri Melaka


Penataran Inovasi SMKA negeri Melaka telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka pada 24 Jun 2010. Para Peserta penataran ini terdiri daripada guru-guru dalam berbagai mata pelajaran dari SMKA Sharifah Rodziah dan SMKA Sultan Muhammad seramai hampir 15 orang.

Perasmian penataran ini telah disempurnakan oleh Yg. Berusaha Tuan Hj. Anwar bin Ahmad,Ketua Sektor Institut Pembangunan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam KPM. Turut hadir dalam majlis perasmian adalah Tuan Hj. Ismail bin Muhammad, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka dan Puan Hajjah Lailawati, Pengetua SMKA Sharifah Rodziah.

Dua orang inovator iaitu Ustazah Hasnah Yahya dan Ustaz Abdul Wahab Khalid telah membentangkan hasil inovasi masing-masing kepada para peserta kursus.

Wednesday, May 19, 2010

Lensa Kursus Penataran Inovasi Zon Selatan

Tuesday, May 18, 2010

Kursus Penataran Inovasi Zon Selatan


Kursus Penataran Inovasi Zon Selatan telah berlangsong di SMKA Segamat pada 18 Mei 2010. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Anwar bin Ahmad, Ketua Institut Pembangunan Pendidikan Islam (IPPI), Bahagian Pendidikan Islam KPM. Dalam ucapannya, Tuan Hj. Anwar telah menjelaskan tujuan kursus ini dilaksanakan. Menurut beliau BPI telah berjaya mengadakan Persidangan Inovasi Pendidikan Islam Perikngkat Kebangsaan pada tahun 2009 dalam usaha menyebarluaskan inovasi-inovasi yang dibuat oleh Guru-Guru Pendidikan Islam seluruh Negara. Pada tahun ini, BPI memfokuskan kepada Inovasi di kalangan guru-guru SMKA.

Kursus sehari ini disertai oleh guru-guru yang mewakili seluruh SMKA Negeri Johor. Dua Inovator iaitu Ustazah Hasnah Hj. Yahya dan Ustaz Khairul Anuar Ramlan telah diundang membuat pembentangan inovasi masing-masing. Mereka telah bermurah hati berkongsi pengalaman dan maklumat bagaimana hendak melakukan inovasi.