Tuesday, December 8, 2009

Lagi Inovasi @ eduwebtv

Lagi Inovasi @ eduwebtv

Saturday, December 5, 2009

Majlis Penutup Persidangan Inovasi @ Eduwebtv

Inovasi@eduwebtv (English Edition)

Klip Video ini dipetik dari Berita Eduwebtv

Inovasi@eduwebtv

PERSIDANGAN INOVASI MELABUH TIRAI

Inovasi pendidikan perlu dimaksimumkan (Utusan Malaysia)

04/12/2009 4:35pm

KUALA LUMPUR 4 Dis — Inovasi dalam sektor pelajaran perlu dijana semaksimum mungkin bagi mengekang peningkatan kadar kemiskinan akibat pengurangan peruntukan kerajaan kepada sektor itu, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata memandangkan pelajaran adalah enjin kepada kemajuan ekonomi dan mobiliti sosial, banyak negara kini menukar tumpuannya kepada sektor pelajaran sebagai penawar untuk mengukuhkan persaingan, peluang pekerjaan dan perpaduan sosial.
"Dalam era krisis ekonomi global yang sedang kita hadapi ini, sektor pelajaran seluruh dunia turut mengalami kesan daripada segi agihan peruntukan bajet negara.
"Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dan perlu menambah beberapa dimensi lain kepada pengajaran,” katanya dalam teks ucapan Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Inovasi Pendidikan Islam yang dibaca oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Asariah Meor Shaharuddin di Subang Jaya dekat sini hari ini.
Puad berkata inovasi dalam sektor pelajaran juga selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan bajet baru-baru ini yang menegaskan Malaysia perlu beranjak kepada satu bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi dalam usaha untuk memastikan negara dapat terus berasing dan relevan dalam persaingan ekonomi global.
Oleh itu, Puad berkata kerajaan melalui Gagasan 1Malaysia yang merangkumi Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Petunjuk Prestasi Utama cuba untuk mentransformasikan Malaysia melalui proses inovasi yang menyeluruh.
"Ia meliputi inovasi tadbir urus dalam sektor awam dan swasta, inovasi dalam kemasyarakatan, inovasi bandar, inovasi desa, inovasi korporat, inovasi industri, inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan, inovasi jaringan keselamatan sosial, inovasi penjenamaan dan tidak ketinggalan inovasi pendidikan,” katanya.
Beliau berkata perubahan inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi yang baru, perubahan sistem dan prosedur kerja yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos sekaligus mampu meningkatkan penghasilan produktiviti atau hasil kerja dan perkhidmatan.
Katanya Kementerian Pelajaran juga telah mewujudkan semula pertandingan Anugerah Inovasi untuk memberi pengiktirafan kepada bahagian atau institusi pendidikan yang menunjukkan prestasi cemerlang melalui inovasi yang dilaksanakan.

Friday, December 4, 2009

Lensa Inovasi 4

Lensa Inovasi 3

Thursday, December 3, 2009

Lensa Inovasi 2

PEMBENTANGAN SESI KELAPAN

Pembentangan hasil Inovas diteruskan lagi dengan 6 lagi inovasi;

1. Sistem Data Bersepadu j-QAF oleh Us Rasyidin bin Mohd (SK Bertam Indah, Penang)
2. Modul Grafik Minda oleh Ustazah Atmarwati bt Ibrahim (SMK Jitra Kedah)
3. Amali Pengurusan Jenzah oleh Ustazah Norizan bt Muhamad (SMK Putrajaya)
4. Modul TAJHAF oleh Ust Ayob bin Mohd Ali (SMK Seksyen 18 Shah Alam
5. Kalimah Ayat Surah oleh Ust Mohd Sabri bin Ismail (SK Lubuk Sireh Perlis)

PEMBENTANGAN SESI KETUJUH

Pembentangan Sesi ketujuh adalah seperti berikut;

1. Smart Card oleh Ustazah Upiq Asmar btdin (SMK TTDI KL)
2. e-PAFA oleh Us Mohd Nazri bin Kamarudin (SK Mutiara, K Kinabalu)
3. Khatboard oleh Us Abd Wahab bin Khalid (SK Dato' Keramat (1) KL)
4. Inovasi Iqra' oleh Ustazah Latifah bt Saad (SK Tasik Damai Ipoh)

PEMBENTANGAN SESI KEENAM

Pembentangan sesi keenam adalah seperti berikut;

1. Teknik JAWI terkini dan Latih Tubi oleh Us Mansor bin Mohamad (SK Kg. Kandis Kelantan)
2. Bahan-bahan Bantu Mengajar Tasawwur Islam Berteraskan ICTnoleh Us Safaee bin Zakaria (SMK Jelawat Kelantan)
3. Media Tokoh Mazhab oleh Ustazah Hasnah bt Yusof (SMAP Kajang)
4. Portal E-Pendidikan Islam oleh Us Khairul Anuar bin Ramlan (SM Teknik Dagangan Johor)

PEMBENTANGAN SESI KELIMA

Sesi kelima persidangan menyaksikan pembentangan kajian oleh sekumpulan Pensyarah dari Fakulti Pengajian Pendidikan UPM iaitu Prof Madya Dr. Asmawati bt Suhid, Dr. Fadzilah bt Abd Rahman, Puan Rosnani bt Jusoh, Dr. Habibah Abdul Jalil dan Dr. Adnan bin Yusopp.

PEMBENTANGAN SESI KEEMPAT

Persidangan Inovasi Pendidikan Islam diteruskan dengan 6 lagi inovasi iaitu;

1. Pejal Oleh Ustazah Rahimah bt Mohd Said (SK Lumut, Perak).
2. Jejak Labah-labah oleh Ustazah Racidah bt Mohd Dahlan (SK Seri Selamat, Sitiawan)
3. Gerak Bijak Congkak oleh Ustazah Hasnah Yahya (SKSimpang Ampat alor Gajah Melaka)
4. AE System Oleh Ustaz Asmawi Hj Hashim (SK Sauk, Perak)
5. C Jawi oleh Ustazah Maznah bt Mustajab (SMK TTDI Jaya Shah Alam)
6. Doktor Jawi oleh Ustaz Abdul Manan bin ALi (SMK Tg Mizan Zainal Abidin)

Wednesday, December 2, 2009

Majlis Perasmian


Majlis Perasmian Persidangan Inovasi Pendidikan Islam telah selamat disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Hajjah Norezan bt Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan).

Beliau antara lain mengucapkan tahniah dan Syabas kepada BPI dan juga GPI yang telah menghasilkan Inovasi dalam usaha memartabatkan Pendidikan Islam. Beliau melahirkan rasa kagum dan bangganya dengan usaha-usaha GPI yang dilihat lebih terkehadapan dalam inovasi. Ini membuktikan bahawa GPI bukan sahaja hanya pandai berceramah seperti tanggapan sesetengah pihak. Sebaliknya GPI juga telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dalam bidang teknologi dan juga ICT. Terima Kasih Dato'

Lensa Inovasi

PEMBENTANGAN SESI KETIGA

Assalamualaikum WBT

Pembentangan sesi ketiga adalah seperti berikut;

1. i-MIS (En Mohd Hafidzuddin b Mohd Maarof - SK1 Kuala Ampang, KL
2. Mesin Penyediaan Debu dan Tisu Tayammum (En Mohd Hang Tuah b Ismail - SMKA Naim Lil Banat Kelantan)

PEMBENTANGAN SESI KEDUA

Assalamualaikum WBT

Sesi kedua menyaksikan pembentangan oleh Prof Madya Dr Asmawati bt Suhid dari Universiti Putra Makaysia. Pembentangan beliau adalah berkaitan dengan Inovasi dalam Pendidikan Islam.
Pembentangan seterusnya oleh En. M Mohd Ali bin Mansor yang membentangkan Inovasi beliau bertajuk Teknik Celik Arab. Pembentangan Inovasi bertajuk Tarannum Interaktif tidak dapat dilaksanakan kerana pembentang menarik diri disebabkan oleh masalah kesihatan.

Tuesday, December 1, 2009

Corat-Coret 1

Assalamualaikum
Peserta Inovasi menghadapi masalah mendapatkan bilik penginapan berikutan pihak hotel lambat menyerahkan kunci kpd Urusetia. Pihak Urusetia memohon maaf di atas kelewatan peserta mendapat bilik. Ini adalah disebabkan pihak urusetia meminta pihak hotel menyediakan dua buah katil berasingan bagi bilik berkongsi. Pada awalnya pihak hotel hanya menyediakan sebuah katil berkongsi. Kami menjangkakan peserta akan kurang selesa jika berkongsi katil. Pihak hotel terpaksa membuat penyusunan semula bilik-bilik yang telah ditetapkan sebelum ini.
Justeru itu, pihak urusetia sekali lagi memohon maaf. Penyusunan semula bilik terpaksa dibuat bagi memastikan keselesaan semua peserta yang akan menginap di sini selama tiga malam.
Harap Maklum

PEMBENTANGAN SESI PERTAMA

ASSALAMUALAIKUM WBT

Pembentangan Sesi Pertama bermula jam 8.30 Malam. Inovasi yang akan dibentang adalah;

1. Sifrul Arqom (Khalid bin Mamat - SK Besout Sngkai Perak)
2. Teknik Mahir Bahasa Arab Menerusi Lagu (Ahmad Rizal b Othman - SK Rusila Terengganu)
3. Ra'i Ma'i "RM" (Norsalwai bt Mohd Tahir - SK Hj Ismail, Kedah)
4. Kad Pintar Nahu Arab (Ideris bin Abd Rahim - BPI)

Sekilas Sesi Taklimat



Assalamualaikum WBT.

Sesi Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Hj. Mohd Abdul Aziz Mahmud, selaku Pengurus Projek. Beliau menjelaskan tantang tujuan persidangan ini diadakan. Beliau juga turut mengingatkan peserta persidangan supaya mengambil manfaat dari Inovasi yang akan dibentangkan dalam persidangan ini.
Turut berucap dalam majlis taklimat ialah Tuan Hj. Anwar bin Ahmad, Ketua Sektor IPPI BPI. Beliau turut mengal-alukan kehadiran semua peserta ke persidangan inovasi ini

Persidangan Inovasi Pendidikan Islam 2009

Assalamualaikum WBT

Pihak Urusetia Persidangan Inovasi Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2009 mengalu-alukan kedatangan semua para peserta ke persidangan yang berlangsung seperti berikut;

Tartikh : 1 hingga 4 Disember 2009
Tempat Hotel Holiday Villa Subang Selangor.

Perasmian Pembukaan akan disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Noor Rezan bt Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) pada 2 Disember 2009 jam 11.30 pagi.
Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan memeriahkan lagi persidangan yang julung-julung kali diadakan ini.

Selamat Bersidang.