Tuesday, June 23, 2009

LATAR BELAKANG

Inovasi adalah idea-idea baru yang menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti, produktif dan dapat meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan. Keadaan ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi yang baru, perubahan-perubahan sistem dan prosedur kerja (termasuk sistem kerja baru, penambahbaikan dan ubahsuai sistem) yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos serta dengan ini meningkatkan penghasilan produktiviti atau hasil kerja dan perkhidmatan.

Selaras dengan PKPA Bil.3/1991 Kerajaan menggalakkan agar anggota Perkhidmatan Awam mencuba pendekatan baru yang lebih bersistematik dan berkesan dalam menjayakan sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan. Berikutan itu, Bahgian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran mengadakan satu Persidangan bagi menbuka peluang dan ruang kepad guru-guru pendidikan Islam untuk menunjukkan inovasi dalam pendidikan Islam agar dapat membantu proses Pangajaran dan Pembelajaran dengan lebih berkesan.

Di Samping itu, selaras dengan Pelancaran Pelan Induk Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha memperkukuhkan pelaksanaan program-program pendidikan serta memantapkan proses pembinaan Modal Insan secara menyeluruh dan berterusan agar output yang terhasil mampu memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.