Thursday, April 22, 2010

Kursus Penataran Inovasi Zon Timur


Kursus Penataran Inovasi SMKA Zon Timur telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu pada 22 April 2010. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdullah Salleh, Timbalan Pengarah (Pengurusan Institusi Pendidikan Agama), Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam ucapan perasmian, beliau antara lain telah berkata, inovasi sangat penting kerana ia boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti. Selain itu, inovasi juga dapat menghasilkan keseronokan berkerja di kalangan guru dan keseronokan belajar di kalangan murid. Inovasi juga dapatkan membantu guru menyelesaikan masalah samada dalam P&P atau apa juga aspek yang melibatkan sekolah.

Beliau juga menyeru semua peserta yang mewakili semua SMKA seluruh zon Timur agar berusaha menghasilkan inovasi sebagai menyahut seruan kerajaan. Seramai 54 orang peserta dari seluruh SMKA Zon timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan menghadiri kursus sehari tersebut. Dua orang Inovator turut berkongsi pengalaman bagaimana membangunkan sesebuah inovasi. Mereka ialah Ustaz Mohd Hang Tuah Ismail dan Us. Abdul Manan Ali.